Posts

Showing posts from July, 2019

ALI BIN ABI THALIB MENGECAM SYIAH YANG MENGKHIANATINYA

Image
Apa Itu Syiah?
Di dalam kamus Lisanul Arab, makna Syiah adalah seseorang yang menyepakati suatu hal. Atau orang-orang yang bersepakat dalam suatu permasalahan. Atau sekumpulan orang yang mempunyai suatu perjanjian, mereka mengikuti pendapat seseorang di antara mereka (Lisanul Arab, harfu asy-Syin: islamweb).
Setelah Amirul Mukminun Utsman bin Affan radhiallahu 'anhu wafat, umat Islam berbeza pendapat dalam menyikapi para pembunuhnya. Ali berpendapat Muawiyah harus berbaiat kepadanya terlebih dahulu, baru urusan pembunuh Uthman boleh diselesaikan. Sedangkan Muawiyah sebagai keluarga Uthman, menuntut agar para pembunuh sepupunya itu akan diadili. Orang-orang yang bersetuju dengan pendapat Ali, disebut Syiahnya Ali. Sedangkan orang-orang yang sepakat dengan Muawiyah disebut Syiahnya Muawiyah. Inilah makna asal dari Syiah. Seiring zaman, Syiah Ali terus berkembang. Bahkan sekarang pendapat mereka tentang Ali sangat melampau.
Ali dan Syiahnya
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu …

4 Batang Sungai yang Disebut Rasulullah

Image
SUNGAI adalah aliran air besar dan panjang yang mengalir secara terus-menerus dari hulu (sumber) ke hilir (muara).
Di dunia ini banyak sekali sungai yang dapat kita jumpai. Tapi, tahukah anda? Bahawa ada 4 sungai yang mengalir langsung dari mata air syurga? Berikut penjelasannya.
Dunia mempunyai ribuan bahkan jutaan sungai yang membentang dan menjadi salah satu sumber kehidupan untuk wilayah yang dialirinya. Dari sekian banyak sungai itu, hanya empat sungai yang dipuji sedemikian tinggi oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau menyebut empat sungai ini sebagai sungai syurga. Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Seihan, Jeihan, Nil, dan Eufrat, semuanya adalah sungai-sungai syurga. '' (HR Muslim).
Sebuah riwayat dari Ibnu Abbas Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT menurunkan sungai-sungai tersebut dari sumber mata air yang sama dengan yang berada di syurga, yakni di lapisan yang paling bawah. Sumber mata air ini dilindungi oleh sepasang sayap malaikat Jibril as. Ia menitipk…

Penemuan Roda Kereta Firaun di Laut Merah

"Lalu, Kami wahyukan kepada Musa, 'Pukullah lautan itu dengan tongkatmu.' Maka, terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar." (QS Asysyuara [26]: 63).
"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Firaun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." (QS Albaqarah [2]: 50).
"Dan, Kami seberangkan Bani Israil ke seberang lautan itu. Maka, setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, Bani Israil berkata, 'Hai Musa, buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala).' Musa menjawab, 'Sesungguhnya, kamu ini adalah kaum yang tidak mengetahui (sifat-sifat Tuhan) '. "(QS Al-A'raf [7]: 138).
"Maka, pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda…

Al-Quran Jelaskan Bagaimana Fir’aun Membangunkan Piramid

SETELAH kajian bertahun-tahun, akhirnya ilmuan menemui fakta bahawa bangunan makam para Raja Mesir ini dibuat dengan menggunkan tanah liat yang kemudian dipanaskan. Di sebalik penemuan baru tersebut, ternyata Al-Qur'an sudah mendedahkannya sejak 1400 tahun yang lalu.
Tepatnya pada tahun 2006, harian Amerika Times edisi 1 Januari 2006 memberitakan hasil kajian yang mengatakan bahawa Piramid dibuat dengan menggunakan tanah liat yang dibakar. Kajian dari Amerika-Perancis tersebut menerbitkan bahawa ketika tanah liat dibakar maka akan terbentuk batuan keras yang membuatnya tidak boleh dibezakan dengan batuan alam.
Para ilmuan mengatakan, Firaun merupakan penguasa yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ia mahir dalam bidang ilmu kimia untuk memproses tanah liat berubah menjadi batu normal. Memang, jika dilihat dari spesifikasi batu yang digunakan, Piramid dibina dengan teknik yang penuh misteri.
Sebelumnya Profesor Gilles Hug. dan Dr. Michel barsoum juga menegaskan bahawa Piramid di…

Peringatan 25 Tahun Peristiwa Pendudukan Kota Shusha: Ketika Masjid Jadi Kandang Khinzir

Ramai yang tidak tahu, tarikh 8 Mei 2017 merupakan detik bersejarah. Ini merupakan detik-detik 25 tahun penyerangan bandar kecil bernama Shusha. Sebuah bandar yang didominasi oleh warga Azerbaijan yang berada di kawasan Nagorno-Karabakh di negeri berpenduduk Muslim, Azerbaijan.
Tepat hari ini pada tahun 1992, angkatan bersenjata Armenia merebut Bandar Shusha, mereka membunuh dan melumpuhkan beratus-ratus orang awam Azerbaijan yang tidak berdosa, mengusir seluruh penduduk kota, serta menghancurkan, membakar dan menjarah banyak monumen bersejarah dari kebudayaan Islam.
Bandar Shusha dibina oleh seorang pemimpin Muslim bernama Panah-Ali Khan Javanshir. Sejak pertengahan abad ke-18, susha didaulat sebagai ibu kota Karabakh Khanat di Azerbaijan. Bandar Shusha dianggap sebagai tempat lahirnya muzik, budaya dan sastera Azerbaijan.
Tokoh budaya Azerbaijan terkemuka yang berasal dari bandar ini antara lain, Uzeyir Hajibayov (komposer opera Muslim pertama); Bul Bul (pengasas opera vokal Azerbaijan…